Sehingga kini, suku bangsa yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj masih menimbulkan kontroversi. Ada yang menyebut bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Tartardan Mongol, pasukan Gengiz Khan (Hulagu), sejenis makhluk aneh, haiwan dan sebagainya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu memiliki fizikal berbadan bulat, bermata sepet dan berkulit kuning. Kerana itu, lantas ada yang mengaitkannya dengan orang-orang keturunan China, Korea dan Mongolia. Konon, makhluk yang bernama Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul menjelang hari Kiamat nanti. Dari An-Nuwas dari Rasulullah SAW, baginda bersabda,’ Kemudian Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, mereka turun dengan cepat dari bukit-bukit yang tinggi. Selepas itu gerombolan atau barisan pertama dari mereka melewati Tasik Thabariyah dan meminum habis semua air dalam tasik tersebut. ‘ (hadis riwayat Muslim 2937/110, At-TIrmidzi 2240 Abu Dawud 4321, Ibnu Majah 4075).
Cerita mengenai Yakjuj dan Makjuj tertera dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi ayat 92 – 98 dan kebangkitannya dinyatakan dalam surah An-Anbiya ayat 96-97. ‘Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan, sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim.’ (surah An-Anbiya: 96 – 97).
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Zainab binti Jahsyi, isteri Nabi, Rasulullah SAW menyatakan, tembok yang dibina oleh Dzulkarnain telah berlubang sebesar telur ayam. (Rasulullah SAQ melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari tangan baginda). Kerana itu, umat manusia akan mengalami celaka kerana Yakjuj dan Makjuj ini berjaya menembusi tembok tersebut. Hadis ini diriwaykan oleh Al-Bukhairi, Muslim dan Ahamd. Lalu, bagaimana dengan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa tembok tersebut tidak akan dapat dilubangi? Apakah ini menunjukkan kerana begitu lamanya sehingga tembok yang dibuat dari besi dan tembaga itu akan berlubang? Sejumlah ahli bahasa meyakini bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang China. Yakjuj dan Makjuj. menurut ahli lughah, ada yang menyebut isim musytaq (memiliki akar kata dari bahasa Arab) berasal dari ajaja an-nar ertinya jilatan api. Menurut Abu Hatim, Yakjuj berasal dari maja, iaitu kekacauan. Makjuj berasal dari mu’juj, iaitu malaja. Namun, menurut pendapat yang sahih, Yakjuj dan Makjuj bukan isim musytaq, melainkan isim ‘ajam dan laqab (julukan).
Additional information
| Weight | 0.5 kg |
|---|---|
| Publisher |









Reviews
There are no reviews yet.