enquiry@eidsb.com.my

+607-863 0442

CATEGORIES

FREE RETURN

30 days money back guarantee!

ENJOY ORDER DISCOUNT

RM 150 - 10%, RM 350 - 20%

SUPPORT 24/7

We support online 24hrs

Cart

Membongkar Misteri Pembinaan Piramid Teori Alien & Banjir Besar Nabi Nuh

Large image

Membongkar Misteri Pembinaan Piramid Teori Alien & Banjir Besar Nabi Nuh

RM37.90

Compare
SKU: 9789672278269 Categories: ,

Share this product

Misteri siapakah yang membina piramid masih menjadi perdebatan para sejarawan dan ahli arkeologi walaupun pelbagai penggalian dan kajian pakar telah dijalankan oleh pelbagai pertubuhan, universiti dan pakar-pakar perseorangan. Menyelusuri misteri bagaimana piramid dibina memang menarik. Persoalan itu didasari pada beratnya pekerjaan membawa bebatuan di gurun, dan minimumnya teknologi pembantunya. Batu yang diperlukan juga dalam jumlah yang besar, sementara alat canggih untuk mengangkutnya melawati gurun pasir belum ada pada zaman Mesir Purba. Dari berbagai penelitian sebelumnya, para arkeologi telah lama mengetahui bahawa bebatuan tersebut dibawa sejauh lapan batu dari Giza ke sebuah tempat yang bernama Tura. sementara bahan granit digali dari jarak lebih dari 500 batu. Adapun cara bagaimana bahan-bahan ini diangkut, masih menjadi perdebatan dalaam kalangan ilmuwan.

Sebuah pasukan pengkajian dari Grench Institute for Oriental Archaeology di Kaherah dan Universiti Liverpool, England, telah menemui bukti yang dapat menjadi titik terang mengenaii pembinaan piramid. Kenyataan dari Kementerian Kepurbakalaan mesir mengungkapkan bahawa para ahli arkeologi menemui sisa-sisa dari sistem unik yang digunakan untuk mengangkut dan memindahkan bongkah batu dari lombong batu pualam bernama Hatnub yang berada di gurun bahagian timur.

Bukti baru yang ditemui para ahli arkeologi memperlihatkan, orang zaman Mesir Purba mengangkut lebih dari 170,000 tan batu kapur untuk membina Piramid Agung, menggunakan perahu yang dibuat khusus. Maklumat tentang pembinaan piramid juga terungkap dari gulungan kertas papirus purba, berbagai potongan bekas badan perahu dan jaringan saluran air di lokasi piramid. Hasil penelitian mengungkapkan bagaimana binaan berusia lebih dari 4,000 tahun ini dibina pada 2550 Sebelum Masehi.

Tidak dinafikan lagi, penemuan ini dapat memberikan wawasan tentang misteribagaimana bongkah batu kapur besar, yang membentuk sebahagian besar piramid, akhirnya ditarik untuk pembinaan piramid tersebut. Para ahli arkeologi meyakini ada ribuan pekerja terlatih yang menggunakan perahu untuk menyusuri terusan yang digali sepanjang Sungai Nil. Pelayaran ini bertujuan mengangkut batu kapur. Perahuperahu ini disatukan oleh tali tebal yang dipilin. Beberapa di antaranya masih dalam keadaan baik sewaktu ditemui. Setelah mengumpulkan bahan-bahan binaan tersebut, para pekerja membawanya ke sebuah pelabuhan yang berjarak beberapa meter dari dasar piramid. Keseluruhan, ada sekitar 2.3 juta bongkah batuan dikirimkan dengan cara ini selama dua dekad.

Additional information

Weight 0.5 kg
Publisher

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Misteri Pembinaan Piramid Teori Alien & Banjir Besar Nabi Nuh”