enquiry@eidsb.com.my

+607-863 0442

CATEGORIES

FREE RETURN

30 days money back guarantee!

ENJOY ORDER DISCOUNT

RM 150 - 10%, RM 350 - 20%

SUPPORT 24/7

We support online 24hrs

Cart

Membongkar Misteri Ganguan Alam Ghaib

Large image

Membongkar Misteri Ganguan Alam Ghaib

RM28.90

Browse Wishlist
Compare
SKU: 9789672278245 Categories: ,

Share this product

Sesungguhnya, sisi gelap dan cerah kehidupan ini sudah dijadikan Allah SWT bagi menunjukkan kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Kita hanya makhluk kerdil yang sentiasa berada dalam kehendak-Nya dan tidak mampu melakukan apapun tanpa kudrat pemberian-Nya. Syaitan, iblis, jin dan roh-roh jahat sentiasa berlegar-legar di sekililing kita. Cuma manusia tidak diberikan mata kasyaf untuk melihat kehidupan makhluk-makhluk ghaib ini. Andai dibuka hijab, tentu sekali kita akan dapat melihat alam ghaib yang dikatakan misteri tersebut.

Syaitan, jin atau roh-roh jahat di dalam dunia ini telah diterima oleh kebanyakan orang, termasuk orang-orang bukan Islam. Bagi sebahagian besar orang, syaitan, jin dan roh-roh jahat bukan hanya mitos, tetapi juga sangat mempengaruhi kehidupan manusia. Syaitan, jin dan roh-roh jahat ini sentiasa sahaja ingin mengganggu dan menyesatkan pemikiran manusia. Pelbagai cara digunakan. Kisah manusia diganggu, diusik atau disakat sering kita dengar di sekitar kehidupan kita. Ada manusia yang tubuhnya dimasuki syaitan atau jin sehingga menyebabkan berlaku kerasukan. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan Muslim dan Abu Dawud dari Abu Sa’id al- Khudri. Baginda SAW bersabda,’ Apabila salah seorang di antara kamu menguap maka hendaklah ia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana syaitan dapat masuk.’ (Hadis riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Dari Shafiah binti Huyai, isteri Rasulullah SAW, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,’ Sesungguhnya syaitan itu mengalir pada anak Adam di tempat aliran darah.’ (Hadis riwayat Bukhari)

Ini bermakna, syaitan, jin dan roh-roh jahat ini akan masuk ke dalam tubuh manusia dan bergerak melalui aliran darah hingga membisik hati dan dada, mengganggu dengan sesuatu yang melalaikan orang itu dari amal soleh, sehingga melupakan pekerjaaan yang dilakukannya dan apa yang hendak dilaksanakannya. Untuk menghindarkan diri kita dari gangguan makhluk-makhluk halus ini, jadikanlah Al-Quran sebagai pendinding. Allah SWT berfirman yang bermaksud: ‘ Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. ‘ (Surah Al-Israa’: 82)

Dari Jabis RA, Rasulullah SAW bersabda: ‘ Apabila kamu sekalian mendengar lolongan anjing dan ringkik keledai (atau kuda) pada malam hari, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan. Sebab mereka itu melihat sesuatu yang tidak kamu lihat (iaitu syaitan). Dan jika kamu mendengar kokok ayam jantan, maka mohonlah kepada Allah anugerah-Nya, sebab ayam jantan itu sedang melihat Malaikat.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Additional information

Weight 0.5 kg
Publisher

Book Author

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Misteri Ganguan Alam Ghaib”