enquiry@eidsb.com.my

+607-863 0442

CATEGORIES

FREE RETURN

30 days money back guarantee!

ENJOY ORDER DISCOUNT

RM 150 - 10%, RM 350 - 20%

SUPPORT 24/7

We support online 24hrs

Cart

Membongkar Misteri Kejadian Kematian Aneh Penduduk Dunia

Large image

Membongkar Misteri Kejadian Kematian Aneh Penduduk Dunia

RM38.90

Compare
SKU: 9789672278252 Categories: ,

Share this product

Manusia yang telah disahkan mati biasanya tidak boleh hidup semula. Tetapi dalam beberapa kejadian, mereka  yang telah mati selama beberapa minit didapati hidup semula. Kejadian ini jarang berlaku dan dianggap sebagai suatu keajaiban atau suatu keanehan dalam dunia perubatan. Apabila jantung seseorang didapati berhenti atau tiada lagi denyutan nadi maka seseorang itu akan disahkan telah meninggal dunia. Walaubagaimanapun, pandangan ini dibantah oleh sesetengah daripada kalangan mereka yang menuntut supaya definisi dan takrif mati dinilai semula. Mereka mahu seorang diisytiharkan mati apabila otaknya sudah tidak berfungsi lagi meskipun jantungnya masih lagi bergerak dan bekerja.

Selain itu ada lagi kejadian aneh yang berlaku seputar kehidupan kita. Misteri manusia magnet turut berkait dengan beberapa kisah misteri yang mengerikan yang masih menjadi tanda tanya. Pada tengah malam 27 Ogos 1938, seorang wanita yang bernama Phyllis Newcombe yang baru sahaja meninggalkan dewan tari-menari di Chelmsfod (England) bersama tunangnya, tiba-tiba menjerit. Gaun crinoline yang dipakainya tiba-tiba sahaja dimakan api yang begitu besar. Gaun tersebut cuba ditanggalkan, namun sudah terlambat. Dalam masa yang singkat sahaja, seluruh tubuh Phyllis Newcombe rentung dan hangus sehingga ke bahagian dalam tubuhnya.

Ahli-ahli forensik membuat kajian mendalam untuk mengetahui punca kebakaran tersebut. Seandainya kebakaran itu disebabkan oleh puntung rokok, gaun crinoline tidak akan terbakar sedemikian rupa, melainkan terdapat jumlah api dan oksigen yang cukup banyak pada gaun itu. Yang lebih membingungkan, kebakaran itu menghanguskan tubuh Phyllis Newcombe sehingga jauh ke dalam. Kebakaran ang berlaku ini tidak ada sebab yang jelas. Namun sebahagian pakar mengaitkan kejadian ini berlaku pada titik puncak kekuatan magnetik. Keadaan medan magnet bumi memang selalu turun naik secara dramatik akibat pengaruh matahari. Angka purata kekuatan medan magnet di seluruh dunia dicatat setiap hari untuk kepentingan ahli-ahli astronomi dan fizik. Daripada catatan itu, mereka melihat terdapat hubungan yang jelas antara peristiwa kebakaran dan kekuatan geomagnetik yang tinggi.

Banyak lagi kisah aneh di dunia ini yang tidak pernah mampu kita fikirkan dengan akal sihat dan logik. Ternyata dalam kehidupan sehari-hari kita sebagai manusia, masih banyak lagi kejadian misteri yang tidak berjaya dirungkaikan, yang terjadi pada beberapa orang. Dan dalam beberapa kes, kejadian aneh dan misteri ini berhubungan akrab dengan berita aneh.

Additional information

Weight 0.5 kg
Publisher

Book Author

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Misteri Kejadian Kematian Aneh Penduduk Dunia”