Nota Pesan Penulis untuk Perempuan
“Tidak semua perempuan mahu bekerjaya, tidak semua perempuan mahukan anak, tidak semua perempuan mahu hidup membujang, tidak semua perempuan pakai gincu. Semua orang mempunyai mimpi, nilai dan ketentuan berbeza. Masing-masing menakluki dunia dengan cara yang unik. Namun yang pasti, setiap perempuan wajar dilatih supaya berkarisma dan dipandang tinggi.”
Suhaili Ikhsan
“Perempuan mesti begitu begini.’ – ini persepsi masyarakat semata-mata. Perempuan tidak dikurniakan kekuatan fizikal, sebaliknya kekuatan jiwa. Maka, kita kekal sahaja menjadi perempuan. Manfaatkan segala kelibhan menjadi perempuan, berani bermimpi dan berani mencapai impian, serta nikmati sepenuhnya setiap peluang mencabar diri, sebelum pinjaman-pinjaman dunia ini kita kembalikan.”
Azzah AR
“Perempuan itu pemimpin, apabila dia berupaya mendorong orang lemah berubah tanpa perlu memaksa-maksa. Perempuan itu cantik, apabila dia mampu memikat orang dengan menggunakan kata-kata, bukan lagi rupa. Perempuan itu kaya, apabila ramai orang menghampirinya bukan kerana wang tetapi kerana jiwanya.”
Nurhidayah Jaafar
Additional information
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 19 × 1 cm |
| Publisher | |
| Book Author |







Reviews
There are no reviews yet.