enquiry@eidsb.com.my

+607-863 0442

CATEGORIES

FREE RETURN

30 days money back guarantee!

ENJOY ORDER DISCOUNT

RM 150 - 10%, RM 350 - 20%

SUPPORT 24/7

We support online 24hrs

Cart

Hagia & Sophia Konspirasi Penaklukan Konstantinopel Kali Ke-2

Large image

Hagia & Sophia Konspirasi Penaklukan Konstantinopel Kali Ke-2

RM37.90

Compare
SKU: 9789672278405 Categories: ,

Share this product

Buku ” Hagia Sophia & Konspirasi Penaklukan Konstantinopel Kali Ke-2″ ini ditulis sempena peristiwa pembukaan semula Hagia Sophia oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai sebuah masjid pada 10 Julai 2020. Serentak dengan itu, solat Jumaat telah diadakan pada 24 Julai 2020 di Hagia Sophia, yang kini dikenali sebagai Masjid Hagia Sophia.

Peristiwa pembukaan semula Hagia Sophia, sebuah geraja Kristian-Orthodoks yang berusia kira-kira 1,500 tahun itu, adalah merupakan satu peristiwa besar bagi umat Islam di seluruh dunia. Pengislaman gereja itu merupakan simbol kemenangan umat Islam terhadap penganut Kristian di Eropah yang suatu ketika dahulu amat gah dengan Konstantinopel sebagai pusat kekuasaan Empayar Rom Timur. Walau bagaimanapun, akhirnya Konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan sejak itu Kota Konstantinopel telah berubah wajah dan dikenali sebagai Istanbul.

Melalui buku ini penulis memperkatakan tentang bagaimana Erdogan berusaha untuk menjadikan Islam kembali berdaulat di bumi Turki dan seterusnya berusaha untuk mengemballikan era kegemilangan Daulah Turki Uthmaniyah. Keadaan tersebut menyebabkan musuh-musuh Islam yang sebelum ini telah bersekongkol dengan Mustafa Kamal Ataturk bagi menjatuhkan Kekhilafahan Uthmaniyah, tidak senang duduk dan mula dihantui mimpi silam yang ngeri. Mereka kembali merancang untuk menghalang daripada berlakunya kebangkitan serta kegemilangan Islam di Turki.

Penulis melihat senario yang berlaku sekarang terutama selepas gagalnya usaha untuk menjatuhkan Erdogan dalam percubaan rampasan kuasa tentera pada 15 Julai 2016, sebagai bukti bahawa musuh-musuh Islam terutamanya Barat yang diperintah oleh Kristian, tidak akan berdiam diri terhadap peristiwa pembukaan semula Hagia Sophia sebagai sebuah masjid. Hal ini menurut pengarang akan dieksploitasikan musuh-musuh Islam yang akhirnya membawa kejatuhan pemerintahan  Turki yang berjiwa Islam sekarang, seperti yang sekali lagi diperkatakan oleh Rasulullah SAW bahawa ” Konstantinopel akan ditawan kembali oleh umat Islam buat kali kedua” Walau bagaimanapun  kejatuhan kali kedua Konstantinopel ini penuh mendebarkan kerana ia berlaku serentak dengan kemunculan Dajjal.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan konspirasi musuh-musuh Islam bagi menghalang usaha-usaha untuk kembali mendaulatkan Islam di Turki, sila baca dan miliki buku ini.

Additional information

Weight 0.5 kg
Publisher

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hagia & Sophia Konspirasi Penaklukan Konstantinopel Kali Ke-2”