Wanita memang fitrahnya suka meluah. Mereka gemar berbincang sesama sendiri tentang pelbagai perkara, termasuklah perihal perhubungan, cinta, dan lelaki. Mereka mampu duduk berbincang selama berjam-jam sambil menganalisa hati lelaki yang kononnya begitu kompleks untuk difahami.
Hakikatnya, lelaki tidak kompleks. Sangat tidak kompleks! Jikalau mereka suka, mereka suka. Jikalau mereka tidak suka, mereka tidak suka. Itu sahaja.
Soalnya sekarang, mereka tidak akan beritahu sekiranya mereka tidak punya perasaan, atau tidak cukup suka pada seseorang wanita itu. Mereka lebih suka memilih untuk melakukan perkara-perkara yang akhirnya akan mengelirukan wanita itu sendiri.
Menerusi buku He’s Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu ini, Greg Behrendt dan Liz Tuccillo akan membantu pembaca memahami hakikat apabila seorang lelaki tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap seorang wanita. Antara poin yang menarik termasuklah:
- Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu – Sekiranya Dia Tidak Mengajak Kamu Keluar
- Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu – Sekiranya Dia Tidak Mahu Berkahwin dengan Kamu
- Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu – Sekiranya Dia tidak Menghubungi Kamu
- Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu – Sekiranya Dia Tidak Intim dengan Kamu
- Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu – Sekiranya Dia Menghilang
Mencintai tanpa dicintai itu memang menyakitkan. Begitupun, kita masih tetap mampu mencari dan memiliki cinta yang mampu memberi kita kedua-duanya.
Additional information
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 16 × 23 × 2 cm |
| Publisher | |
| Book Author |






Reviews
There are no reviews yet.