enquiry@eidsb.com.my

+607-863 0442

CATEGORIES

FREE RETURN

30 days money back guarantee!

ENJOY ORDER DISCOUNT

RM 150 - 10%, RM 350 - 20%

SUPPORT 24/7

We support online 24hrs

Cart

Membongkar Misteri Tamadun Dunia yang Hilang

Large image

Membongkar Misteri Tamadun Dunia yang Hilang

RM37.90


Browse Wishlist
Compare
SKU: 9789675391965 Categories: ,

Share this product

Menurut Ibnu Khaldun, tamdun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamdun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Greek ‘civitas’ yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah tamadun banyak digunakan dalam penulisan tamadun Islam.

Sejarah sudah mencatatkan bahawa banyak tamadun di dunia ini yang sudah lenyap ditelan zaman. Ada diantaranya tidak langsung meninggalkan sebarang kesan sejarah, tidak ditemui sebarang artifak tinggalan malah dilupakan begitu sahaja. Namun begitu ada juga tamadun yang hilang tetapi masih dapat dihayati kewujudannya melalui pelbagai artifak tinggalan hasil dari penggalian pakar-pakar arkeologi.

Antara tamadun yang sudah hilang ditelaan zaman ialah tamadun Olmek, tamadun Aztek, tamadun Elam, tamadun Viking, tamadun Mesopotamia, tamadun Atlantis, tamadun Lemuria dan beberapa tamadun lagi yang suatu ketika dulu pernah menceritakan kegemilangan dunia, Di dalam buku ini dipaparkan beberapa tamadun yang dirasakan menarik untuk dihayati dan diteladani kisah-kisahnya. Kesemua tamadun yang dipaparkan dalam buku ini sudahpun lenyap ditelan zaman. Bukti-bukti arkeologi dan catatan-catatan bersejarah yang ditemui oleh pengkaji telah mengungkapkan pelbagai maklumat menarik termasuk misteri dan persoalan yang sehingga kini belum dapat dijawab untuk tatapan kita bersama.

Additional information

Weight 0.5 kg
Publisher

Book Author

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Misteri Tamadun Dunia yang Hilang”