PAC, antara artis komik tempatan yang unik kerana tidak ramai artis komik menjadikan sains sebagai teras dalam karya. Sebelum menyertai Komik-M lagi, sememangnya kebanyakan karya Pac di beberapa majalah komik tempatan sering mengangkat tema robot dan fiksyen sains.
Disebabkan kecenderungannya itu, maka terhasillah siri komik TWINX di Komik-M yang pernah dinobatkan sebagai Komik Terbaik dalam Anugerah Pekomik pada tahun 2010.
Hingga kini Pac masih kekal aktif berkarya untuk beberapa projek komik di luar negara dan juga untuk anotologi komik terbitan Komik-M.







Reviews
There are no reviews yet.