enquiry@eidsb.com.my

+607-863 0442

CATEGORIES

FREE RETURN

30 days money back guarantee!

ENJOY ORDER DISCOUNT

RM 150 - 10%, RM 350 - 20%

SUPPORT 24/7

We support online 24hrs

Cart

Modul Aktiviti Integrasi Digital Sains Tingkatan 3

Large image

Modul Aktiviti Integrasi Digital Sains Tingkatan 3

RM10.90

Compare
SKU: 9789837726185 Categories: , ,

Share this product

Siri Integrasi Digital KSSM ini dirancang dan digubal agar menepati kehendak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP) baik dari segi latihan mahupun penilaian yang disediakan. Hal ini seriring dengan usaha kami untuk menyediakan bahan pembelajaran yang memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekoalh dan Pentaksiran Pusat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi memudahkan guru, siri ini bersifat Mesra PBD dengan menyediakan garisan gunting / garisan bertebuk bagi memudahkan urusan pemfailan bahan eviden. Selain itu, kandungannya dibina berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), buku teks, format pentaksiran, dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Elemen-elemen ini digabungjalinkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); i-THINK; Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, Matematik (STEAM), Hayati, Eksplorasi, Berfikir Aras Tinggi (HEBAT); Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM); Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), Modul Pendidikan Sivik, Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya, nota dan praktis bagi memastikan murid dapat menguasai silibus dan pelajaran. Persembahannya pula diolah secara integrasi untuk memudahkan murid memahami kesemua elemen yang diterapkan dalam siri ini.

Bagi menyesuaikan dengan keperluan dan situasi semasa, siri ini turut dilengkapi dengan elemen Mesra Digital dan Mesra Google Classroom seperti video, praktis penjajaran, praktis ekstra, audio, interaktif 3D dan sebagainya yang bersesuaian dengan transformasi pendidikan seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025. Dengan persembahan Mesra PBD, Mesra Google Classroom, Mesra Digital serta pendekatan secara dinamik, holistik, inovatif, dan kreatif ini, siri Integrasi Digital KSSM diharapkan dapat melahirkan murid yang dapat menguasai pelajaran dan kemahiran dengan elemen hibrid yang melibatkan pendekatan konvensional dan digital.

Additional information

Weight 0.2 kg
Publisher

Book Author

, ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Modul Aktiviti Integrasi Digital Sains Tingkatan 3”