TIPS KEKALKAN KEKEMASAN RUMAH
- Sediakan jadual pembersihan rumah harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Simpan log pembersihan untuk setiap barang yang perlu dibuat pembersihan rapi jika perlu.
- Pastikan setiap barang ada “rumahnya”. Biasakan selepas ambil barang, letak kembali barang tersebut ke “rumahnya”
- Buat pembersihan sambil-sambil. Sambil memasak, basuh sekali pinggan mangkuk yang digunakan tadi. Pastikan sinki sentiasa kosong.
- Jika kekurangan ruang, gunakan setiap inci ruang dan dinding untuk penstoran. Gunakan ruang bahagian dalam pintu kabinet dan gunakan ruang vertikal sebaik mungkin.
- Less is more. Kurangkan barang yang mempunyai fungsi yang sama. Buang barang yang tiada fungsi.
- Agihkan tugas mengemas kepada seisi rumah. Berikan tanggungjawab mengemas kepada setiap orang.
- Kerap lakukan proses sisihan. Setiap hari akan ada barang baru masuk rumah. Oleh itu, lakukan proses sisihan barang setiap hari juga. Setiap hari akan ada benda yang kita boleh buang. Cari dan buang.
- Setiap malam sebelum tidur, jangan tinggal buat rutin pembersihan malam.
- Setiap pagi sebelum keluar rumah jangan tinggal dari buat rutin pembersihan pagi.
- Jangan keluar dengan tangan kosong. Bila masuk sesuatu ruang rumah, ambil (cari) satu barang yang tidak sepatutnya berada di ruang tersebut dan letakkan di tempat asalnya.
Additional information
| Weight | 0.5 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 19 × 2 cm |
| Book Author | |
| Publisher |








Reviews
There are no reviews yet.