“Kartunis Deen menggarap isu-isu setempat dan global yang rencam sifatnya menerusi kaedah kontras dan perbandingan, merentasi tema-tema sosiopolitik, ekonomi, budaya, dan hal ehwal persekitaran. Sebagai jurnalis visual, Deen memaparkan sikap dan sifat masyarakat dalam realiti kehidupan hari ini untuk kita renungi dan hayati.” – Prof. Dr. Muliyadi Mahamood.
“Ketelitian beliau dalam melakar dan menggarap idea sering menampakkan perbezaan dengan kartunis-kartunis lain. Tidak hairan, Deen dianggap sifu oleh kartunis-kartunis yang lahir pada era 90-an dan 2000-an.” – Kartunis JURAGAN
“Deen adalah kartunis idola aku sejak tahun 80-an, bermula dari zaman kegemilangannya menghasilkan sampul hadiah dan kad raya lagi. Sentuhan karya kartunnya memang lain daripada yang lain.” – Kartunis SUKUN
Additional information
| Weight | 0.2 kg |
|---|







Reviews
There are no reviews yet.