Siri Superb SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ialah buku yang berformatkan modul dan aktiviti. Siri ini digubal oleh kumpulan Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP. Kandungan modul ini ditulis selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melalui kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Latihan dan aktiviti yang dihasilkan bertepatan dengan buku teks terkini dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Selain itu, latihan dan aktiviti juga mengandungi pendekatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan peta pemikiran. Semua elemen ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran murid menguasai setiap topik yang dipelajari.
Seiring dengan teknologi masa kini, kandungan modul ini turut dilengkapi dengan bahan-bahan yang dimuat naik dalam kod QR. Murid-murid dapat mengakses bahan tambahan dengan mudah seperti video, bahan interaktif serta jawapan. Siri modul ini diharap dapat memberikan manfaat kepada murid-murid, seterusnya menjadikan generasi kini semakin cemerlang pada masa hadapan.
Additional information
Weight | 0.3 kg |
---|---|
Publisher |
Reviews
There are no reviews yet.