enquiry@eidsb.com.my

+607-863 0442

CATEGORIES

FREE RETURN

30 days money back guarantee!

ENJOY ORDER DISCOUNT

RM 150 - 10%, RM 350 - 20%

SUPPORT 24/7

We support online 24hrs

Cart

Sherlock Holmes Misteri Kehilangan Pemain Ragbi, Pembunuhan di Abbey Grange & Misteri Tompokan Kedua

Large image

Sherlock Holmes Misteri Kehilangan Pemain Ragbi, Pembunuhan di Abbey Grange & Misteri Tompokan Kedua

RM10.00

Compare
SKU: 9789673695591 Categories: , ,

Share this product

Misteri Kehilangan Pemain Ragbi

 

Cyril Overton, pemain ragbi Universiti Cambridge menemui Sherlock Holmes atas kehilangan pemain pasukannya, Godfrey Staunton. Perlawanan penting semakin hampir, dan Godfrey sangat diperlukan bagi memastikan kemenangan pasukannya. Godfrey dilihat pergi tergesa-gesa bersama seorang lelaki tua, dan selepas itu dia tidak lagi kembali. Petunjuk yang ada cuma satu ayat memohon pertolongan yang tersurih pada borang telegram di dalam biliknya.

 

Pembunuhan di Abbey Grange

 

Sir Eustace Brackenstall telah dibunuh di rumahnya oleh tiga orang perompak, dan isterinya ditemui terikat oleh pembantu rumah mereka. Kes itu kelihatan mudah diselesaikan kerana adanya saksi. Sherlock Holmes terasa dipermainkan apabila pada awalnya dia disalah jemput oleh Inspektor Stanley Hopkins. Bagaimanapun, Holmes melihat sesuatu yang ganjil pada tali yang mengikat Lady Brackenstall. Adakah Lady Brackenstall menyembunyikan sesuatu?

 

Misteri Tompokan Kedua

 

Lord Bellinger, Perdana Menteri Britain dan Tuan Trelawney Hope, Setiausaha bagi Hal Ehwal Eropah datang mengunjungi Sherlock Holmes dan Dr. Watson di Baker Street. Mereka membawa satu masalah yang mungkin akan menyebabkan perang di rantau itu. Sepucuk surat penting daripada ketua sebuah negara yang dirahsiakan telah didapati hilang. Holmes mengesyaki ia dicuri oleh perisik untuk dijual ke negara lain. Dia bercadang untuk menyiasat seorang daripada perisik yang disyakinya, bagaimanapun perisik itu dijumpai mati dibunuh pada pagi itu. Sherlock Holmes menyedari ada pihak lain yang mungkin sedang mencari surat itu juga.

 

Keempat-empat kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Return of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1905.

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 12 × 19 × 1 cm
Book Author

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sherlock Holmes Misteri Kehilangan Pemain Ragbi, Pembunuhan di Abbey Grange & Misteri Tompokan Kedua”